Friday, November 20, 2009

summary of BIOMALAYSIA 2009

salam sume. now im at uia, waiting for another job from sir. ngeh2. so before that let me talk about conference that i attend this week.

ok 17-19 nov '09, there are program called BIOMALAYSIA, place in KL convention centre. since the name itself BIO, so i hope all of you will understand that the event totally related to science and biotechnology.

little introduction: this prog organize by biotech corp and mosti, is purposely to gather all scientist and experts from all over the world to talk about biotehnology. example of country attends are US, UK, S. korea, India, China, Netherlands, japan and of course Malaysia. the program have been divide into two; exhibition and conference. exhibition was about to promote the products, services, and know each other better. its open to all visitor and free. for conference, some experts will talk about their new invansion, their products as weel as bio-commercialization.

last minit, i have opportunity to attend the conference with a huge amount of fees, of course im not the one to pay it since i go under my supervisor's name. hehe. this is the first time for me to attend international event. what can i say is it superb event and the best outsider program i had have attend, from organizer, location, speaker, and best out of the best: FOOD. ngeh3...

the field of discussion in this event are biopharma, bioinfo, bioethics, agriculture, bio-industry, bio-enterprenur etc. participant can chose which track do they like. for me, i run in the track of bioethics, food and agriculture and biopharma. since im a newcomer, im not really familiar with most of terms presented by the speaker and i tried my best to catch what they said. beside, the presenter's slang also quite disturbance. but what can i share here is: as scientist, we should have 4 criteria, which are siddiq, amanah,tabligh dan fatonah.researher must be honest with themself and with other people, must believe on what they are doing, share or good communication and finally intelligent and good planer. as rememberance for all to start our work.
em about the food, its 5star. hehe. so delicious nyum2. ok la. thats all. take a look pics below. salam
opening ceremony (by najib):
presentation + speaker
in the hall + self pic

Sunday, November 15, 2009

sakit gigi lerrrr

salam sume.

minggu ni maklang diuji dengan sakit gigi and demam secara tiba2.

nak memulakan cerita maklang rasa sakit gigi before maklang abis degree lg. tgh final sem. kalu xsilap maklang bulan feb@mac camtu. xpenah2 maklang g klinik gigi uia, akhirnya berjaya menjejak kan kaki kesana selepas melilau mencari klinik gigi yg agak tersembunyi (malu nk ngaku xtau sbnrnye. hehe). maklang ckp sakit gigi sangat sampai terganggu tdo. dentist tu tgk2 jap n die ckp gigi bongsu (bawah belah kiri) br nk tumbuh. so biasa la sakit tu. tp die ckp gigi tu da xelok n derg suggest g hospital operate buang gigi tu. maklang pn angguk la n tros kuar dr situ. tp maklang xde la nk proceed tuk operate. ubat kampung dulu. alhamdulillah xlama kemudian da xsakit. sepanjang sem dihabiskan dgn gembira. hahahahahahahaha.

tp tetibe month b4 pose sakit balik. sangat sakit. disebabkan da nak pose, maklang doa bebanyak supaya xsakit. kalu x, maklang kene g klinik. takut tertinggal lagi sehari nnt. ALHAMDULILLAH lps sahur 1st day da xsakit sampai la malam raya br sakit balik. em tp maklang tahan lg sbb sakit tu xla berbisa sgt. yg ptg, tdo still cam biasa n makan xde hal.

tp last2 ni sakit tu semakin mengancam jiwa. lbh2 lg ubat homopati yg maklang makan da abis. gatal xnk amik sambung ubat tu. mls nk g klinik. bile da bebetul xtahan, maklang cari klinik swasta yg biasa parents maklang g. slps beberapa kali terlps waktu rawatan, maklang dpt berawat dgn dentist tu. lps die chek, die bg jawapan yg sama dgn dentist 1st, kene buang sbb gigi tumbuh separuh n gusi da bernanah. die suh g klinik kerajaan. tgu lagi. da g klinik kerajaan derg transfer plak kt hospital selasa lps. urm satu hal nk kene que. well masa kt klinik swasta tu derg ada bg ubat n alhamdulillah berjaya mengurangkn sakitnye. tp bile pegi klinik kerajaan tu, dentist tu ketuk2 gigi maklang. dr xsakit, tetibe sakit tu dtg balik dgn lebih mencabar. mmg b4 tdo kene amik ubat. kalu x, mmg tiap jam la maklang bangun.

kemuncak nye kamis br ni. bgn tdo tu da rasa xsedap bdn. tp g keje gak sbb byk keje da tertangguh. da nk masuk tgh hari tu mmg bebetul xberdaya. sakit die mmg menekan. xtau nk ckp camne. da nk nangis da time tu. tp disebbkan erin dgn majdah ada bersama time tu, maklang wat2 macho xnangis dpn derg. mata mmg da berair. thanks sgt kt ERIN and MAJDAH sbb bermurah hati hantar maklang balik tgh hr tu. kesian gak derg sbb maklang xlayan langsung tyme derg singgah. mmg xlarat.air pn maklang xhidang. lps makan ubat, maklang tdo jap. derg wat la pape yg patut. maklang sedar pn time da nk balik. lps TA-TA derg balik, maklang sambung tdo. bdn pn ada sikit panas. hari jumaat burn lg keje. tp da gtau kt sir tau. hehe. maklang tdo je... mkn kesan ubat yg maklang amik tu. ngeh2. alhamdulillah hari ni br bebetul rasa bertenaga. and tomorrow, insyaallah i will be back to work. aiyok, da stat pening kepala pikir byk keje nih. camne ek? huhuhuhuhu

apa pengakhiran sakit gigi ni? wallahualam.

Friday, November 6, 2009

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA

*untuk perhatian sume. ni amik dr email org lain*



Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..

Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya....!! !

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.


" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... .... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Friday, October 30, 2009

story mory...

salam frenz. malas nye maklang nk update blog ni, tp stlh disound oleh pe'nyound' tetap maklang, fairuz a.k.a kawan lama, maklang merajinkan diri menaip sepatah dua kata. byk nk cite kalu di ikutkan. tp kalu maklang start bukak cite, nau 2/3 page maklang tulis. so hope kali ni maklang cite yg maklang rasa best (syok sendiri).

1st nk cite pasal raya. seperti berbls2 thn yg lepas, maklang raya kt KL. sgt mencabar n sempoi. kalo org lain plan nk beli tiket bas or nk rancang perjalanan jauh, maklang n family xyah bersusah payah nk pikir terrafic nnt camne. kalu esok raya, mlm tu lps isya pn sempat nk balik. kalu nk blk pagi pn blh lg. yela kalu da jalan nye xsampai 30minit naik kete. since both nenek n opah ada kt kl nih, sume sedara dtg sini. cam ktrg plak jd org kampung tgu kedatangan derg. hehe. pastu kalu sesape yg xbiasa dgr, ktrg kt sini raya kt shopping complex. maklang mmg mantap raya tu. jumaat mlm b4 raya maklang n parents + cousin bukak pose kt carefour. xsmpt balik umah nenek lps amik cousin kt bukit jalil, ktrg singgah makan dulu. huhu. pastu malam raya plak lps wat takbir kt umah, maklang, kakak maklang, parents n sepupu yg lain g jalan TAR tmp org jual barang2 raya last minit. murah2. sempat la gak kaut 12/13 bende. bukan maklang, org lain. heee. balik dekat kul 3am gak la. malam raya 1st, maklang n sepupu pompuan g main bowling kt ampang point. xla hebat. saje cari keje nk wat. raya ke-2 g JJ setiawangsa n JJ taman maluri. raya ke-3 jalan2 n sambut besday cousin kt midvalley. mlm tu g main bowling lg kt ampang point. haha tu la perjalanan ringkas maklang di shopping mall semasa raya. memang sempoi kan... urmmmm tp maklang g gak umah sedara2 kt KL/SEL ni. cume xramai yg ada. masing2 balik kg. nk wat camne. ni la raya org KL. kalu nk tgk gambar nnt maklang letak. kalu xpn, tgk je gambar raya kt facebook yer. heeee

2nd nk cite pasal kawen leha. leha ni dak bio n jiran paling rapat maklang. disebabkn maklang ada di selangor tyme raya tu, da menjadi satu kewajipan tuk maklang g kenduri die. ramai yg xleh dtg sbb still tgh mood raya. memula plan nk gi majlis die kt bukit cahaya sri alam, shah alam, tp atas sbb2 yg xdpt dielakkan, maklang xdpt g kenduri tu. tp maklang dpt g tyme akad nikah. sori ye leha. nk tgk gambar, bukak FB. mls nk upload kt sini. act at the same tyme, kawan sekolah maklang pn bertunang, so still xdpt g. pape pn tahniah ye!!!

3rd maklang g bercuti satu family kt melaka. sbb tu xdpt g kenduri leha. ada sbb yg lbh penting tuk maklang g melaka dr g kawen leha. hehe pape pn family first ok. main reason g melaka sbb adik abg ipar bertunang. sambil tu g makan angin tepi laut. bagaimana pn (ceh...), ada gak peristiwa yg mmg xdpt dlupakan sampai bebile. adik maklang yg paling bongsu kene sengat obor2. kalu nk tau camne derg sengat, cari la sendiri ye. ngeh2... ktrg sume xde pengalaman nk handel bebende camni. adik maklang tu kene sampai lembik2 bdn die n kene masuk hospital jap. kaki die berbirat macam kene rotan tu. fuhhh. mmg takut gak tyme tu.. ktrg ramai2 berkumpul kt luar bhgn kecemasan hospital alor gajah. perut mmg lapar, tp bersabar tu penting. doa lagi penting kan kan kan. alhamdulillah dalam masa beberapa jam br die sedar diri n da blh gerak kan bdn sendiri. esoknye ktrg balik KL awal pg sbb takut yunus sakit balik. lama gak nk elok. hr rabu br die blk uitm. tu pn still in recovery process le. so pengajaran yg ktrg dpt, kalu kene sengat dgn obor2, guna cuke tuk basuh tempat yg kene tu. kalu susah basuh dgn limau nipis. paling2 susah pn, put ur urine in that place. hahah if u dare la.

4th pasal nak amik robe kt uia. ke'xcited'an maklang nk g amik robe tu, maklang tgu dr kul 8 camtu padahal hall bukak kul 9. hehehe. ingat da awal. skali tu bile sampai je kt dpn CAC, org ramai da beratur. yg best nye tyme smik robe ni dpt jumpe kengkawan lama. hahahahahahah mmg bising. lps da bergosip skit2, ktrg g beraya kt umah tini n then br balik umah rehat2. eh lupe nk sebut. jumpe gak dgn fairuz, kan fairuz ;). amik gambar skali kan. bile nk bg kt ana nih...

5th:convocation day. nest tyme maklang cite
6th: holiday in perak. pn next tyme maklang cite.

ok ye. tu je. salam :)

Monday, September 14, 2009

iftar @ de curve

ahad ri tu, maklang n family g berbuka kt de curve. sbnrnye cdg2 nk berbuka kt ikea (da lama mengidam nk berbuka kt situ). sampai ikea dlm kul 6. puhh... ramai giler org n tempat tu pn da penuh. since da lmb nk patah balik, ktrg pn cube nasib g de curve. pn ramai org. dekat 4/5 tempat ktrg tny, sume da fully book. huh riso gak. nnt2 ada je kot yg berbukak dgn air kosong. then maklang n kakak n adik cari la memane tempat yg kosing. alhamdulillah ada satu restorant makanan melayu yg pengunjung nye baru je bgn. ktrg pn tros chop tempat tu. alhamdulillah, akhirnya dpt la berbuka dgn mudah. lps mkn, solat n tros balik. since da lambat, terawih pn di rumah je la.

act, thats the 1st tyme maklang g de curve sepanjang hidup ni. nice n beautiful, but still shock dgn tempat tu. this is islam country or what. botol2 arak dijual di tempat terbuka. pakaian? xyah ckp la. siap ada band yg nyanyi2 (mkn pub kot. tah la lain macam je maklang tgk) tyme org tgh tgu bukak pose. maklang harap2 derg bukak azan since pengunjung majoriti islam n tgh tgu waktu berbuka. tp tu harapan yg tgl harapan. klcc pn maklang xrasa teruk camtu. penah g bukak kt jj dulu, tyme bebuka derg blh bukak azan n hormati org islam. ni org islam pn da lebey dr bukan islam, wat u can expct? emmm... lu pikir la sendiri

kad raya...

alhamdulillah, di zaman teknologi ni maklang still dpt beberapa keping kad raya. dua by hand, satu by post. gumbira2. credit to dayah, erin n cik siti fairuz.huhu thanks dear. nnt insyaallah maklang balas kt korg

Friday, September 11, 2009

11.10.09@08

hehe apa yg korg pikir bile baca tajuk di atas? maklang da tau da. mst nk ckp tarikh kawen kan? huh. xpikir bende lain korg nih. salah. sebenarnye tarikh keramat diatas adalah TARIKH CONVO ENGIN. idea ni dtg dari erin, tp die suh tulis ni bukan idea die. hehe. nk g tau je. kitorang convo 11hb October 2009 pada jam 8 pg. so singkatannya 11.10.09.08. really suke n comel. thanks to the idea's person.
last but not least SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DALAM 10 MLM TERAKHIR. sehingga bertemu di hari keramat itu nnt, insyaallah.

Wednesday, September 2, 2009

me myself.... argh

em sedar xsedar da nk masuk ke pertengahan ramadhan da ni. tp byk yg maklang xdpt perbaiki lg ni. insyaallah maklang akan cuba dan tros cube. doa kan maklang ye supaya xkeras hati nk terima perubahan.
still korean maniac, still byk ckp tentang bebende yg lagho. try to stop it, but maybe im not REALLY try. insyaallah iwilL try. INSYAALLAH, AMIN. pray for me. hope kengkawan maklang da menjadi lbh baik dr dulu.

p/s: tgk astro oasis ri tu. teringat satu ayat yg menusuk dlm hati. " yg paling penting bila wat sesuatu tu adalah utk mendapat KEREDHAAN Allah". kalu wat sesuatu jgn harap sgt balasan. doa dpt keredhaan-Nya. berkat hidup. hope hope hope i can get that in this holy month. pray for this gak ye kawan2.

Tuesday, September 1, 2009

muhasabah ramadhan

alhamdulillah, da masuk hari yg ke-10 umat islam berpuasa. meh kite muhasabah diri wat seketika:

macam mane dengan tadarus? kalu nk diikutkan, sepatutnye da 9 juzuk da baca quran (sehari=1juzuk). tp maklang xdapat nk capai sasaran tu lg atas sbb2 yg mmg xdapat dielakkan. insyaallah sedang cuba mengejar di celah kesibukan kerja yg x bape cbuk sgt ni, amin.

apa plak perkembangan solat? still melambat2kan solat ke da semakin mantop solat di awal waktu? solat terawih wat x? rugi kalu sengaja tinggalkan. sbb malam bln2 yg lain da xde solat terawih. kalu solat2 lain blh wat bile2 je. solat qobliah and ba'diah? blh la di perbanyakkan. last but not least, wat x solat malam? paling kurang pn 2 rakaat sblm nk mkn sahur tu.

bg sesiapa yg tgl di rumah@slalu balik umah tu, apa sumbangan pada parents? masih suka melawan? masih selalu meninggikan suara? ada hadis mengatakan kalu pandang muka parents dgn penuh kasih syg da dpt pahala, apatah lg menolong n meringankan beban mereka (tgh praktis ni, insyaallah). ni skrg bln ramadhan. segala amalan berlipat lipat lipat dan lipat kali ganda.

yg penting n paling senang nk wat berdoa. xperlu apa2 modal pn. sape2 yg xde keje n xde gaji pn blh wat sbb xmemerlukan wang ringgit dan harta bende walaupn setgh sen. ustaz maklang ada ckp kalu kite nk mnt sesuatu tp xtau nk doa camne, xyah susah2 nk cari org translate ayat, just pikir apa yg kite nk n doa, insyaallah Allah tau apa yg kite nk sbb Die yg bg kite perasaan nk kan sesuatu. lgpn xyah tgu lps solat br nk tadah tgn. ni kalu tetiba ada sesuatu yg korg nk, tros je doa. dalam hati pn blh kalu tgh cbuk. senang je. so kengkawan, da byk ke doa?

byk lg yg kite blh tambahkan tuk bulan pose ni. maklang tulis ni pn tuk mengingatkan diri maklang. byk yg maklang xwat lg. sambil tulis sambil mengingatkan maklang n kengkawan maklang sume. marilah sama2 kite memperbaiki diri ini. semoga sume kwn2 maklang akan mendapat keberkatan-Nya di akhir bulan Ramadhan in, insyaallah. TAKBIR

Wednesday, August 26, 2009

tazkirah umum 1

Siapa kah yg rugi, siapa yg untung ?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


Siapakah orang yang bijak?

orang yang sentiasa mengingati mati dan mengambil iktibar drpdnya

from:http://tazkirah-umum.blogspot.com/

Tuesday, August 18, 2009

jadual convo uia... amik perhatian

ni jadual convo. sesape yg berkenaan, sila ambil perhatian n amik cuti. hehe

2nd session: w.atiqah


3rd session: Lina(engin)
4th session: Fadh (econs)

5th session: khawlah, zati, niha (H.S)

Monday, August 17, 2009

ramadhan...story 2: anak bulan

dulu tyme kecik2 bile ckp nk tgk anak bulan, apa yg korg pikir? mcm mane nk tgk anak bulan tu? nampak apa etc. korg terpikir x? huhu kt cni maklang nk cite pengalaman maklang macamane maklang tau bende2 ni.

kalu xsilap tyme tu maklng br darjah 2@3 n masih bersekolah kt perak. da nk masuk ramadhan da. org cbuk2 cite pasal nk tgk anak bulan. kt sekolah pn derg bercerita pasal bebende ni. pastu kawan maklang cite (maklang xingat samada maklang yg tny kt die ke @ die sesaje cite) camane nk tgk anak bulan.

die ckp kene g tempat tinggi mcm atas bukit tuh. gune teropong tgk kt langit. tu btol la. pastu, nk tau nampak anak bulan ke x, beberapa minit sblm maghrib, bulan akan bertukar bentuk menjadi huruf alif (cube korg imagine guna otak bebudak). kene tgk cpt. sbb bulan tu akan bertukar balik bentuk bulat dlm beberapa saat. kalu nampak huruf alif tu, nampak la anak bulan n puasa esok. kalu x, maksudnye xpose. maklang pn angguk la dgn confidentnye. haha. lama gak maklang berpegang pada ilmu tu sampai la da besar skit br blaja kt klas cara yg sbnrnye. hehe.

pikir2 balik, kelakar masa kecik. fikiran xmatang. ada gak skali tu kawan maklang tipu maklang die ckp die ada bela ultramen kt umah die(masa ultramen tgh famous dedulu). ultramen tu kecik je. tp kalu kene matahari, akan membesar setinggi pokok kelapa. so kene simpan dlm almari. maklang percaya sampai balik umah tgk pokok kelapa mesti teringat pasal ultramen die. memule die janji nk bawak tunjuk kt maklang, tp sampai kesudah xde. bile tny die ckp nnt ultramen tu membesar kene matahari. haha. maklang tau maklang kene tipu bile die xbwk2. haha.

ahlan ya ramadhan...story 1

salam sume. xsampai seminggu lg ramadhan akan tiba. xsabar rasanya maklang. nk menyucikan hati yg mmg da hitam berkarat nih, insyaallah. sama2 la kt menambahkan iman dan mengurangkn dosa, amin.

last wekends, family maklang wat kenduri sambut ramadhan. hr sabtu belah ayah n hr ahad belah mak. alhamdulilah, rezeki tuk perut maklang. hehe. ktrg bahagi2 sape yg kene masak apa.
tuk hr sabtu, nenek maklang masak asam pedas (pergh lazatnye), nenas ikan masin n agar2, maklang tlg la 'tgk' sbb xreti masak. tp maklang wat2 cbuk gak tlg kemas pape yg patut. amik tu n amik ni. basuh pinggan/brg da gune etc.

lps da masak sume, nenek maklang g tdo sbb penat memasak. sblm tu die da bg arahan periuk mane yg nk bawak g tempat mkn sbb die ada simpan skit tuk umah ktrg(kenduri wat kt umah adik ayah, sblh umah nenek). dlm kul 11 camtu maklang dgn confidentnye angkatla periuk2 n bawak ke umah makcik. sampai umah makcik, maklang tuang makann dlm tray. kul 12.30, sume org da datang (tp ramai gak yg xde. separuh je family yg ada hr tuh. abg maklang pn dtg lps org sume da balik). mula dgn baca yasin, doa skit n makan. antara lauk2 yg ada kari ayam, kobis goreng, masak lodeh etc. alhamdlillah kenyang dgn rezeki hr tu.

nk dijadikn cerita, lps mkn, sume org balik. maklang balik lambat. tlg kemas. time tu la abg maklang dtg. tp die dtg sorg. solah n k.yam demam (syafakillah). lps die mkn n ktrg da abis kemas, maklang n family balik umah nenek. tp sblm sampai umah nenek, tetibe nenek lari keluar n jerit, 'ala Na... abis la. kamu silap bawak periuk. periuk yg kamu bawak tu tuk umah. ala... malu nenek.' terpinga2 jap. then br dapat tangkap. rupe2nye periuk asam pedas yg maklang bawak tu adalah tuk umah nenek, bukan tuk dibawa ke umah makcik. tp dua2 periuk tu diletakkan bersebelahan. tu yg maklang tersilap. lps tu xabis2 nenek bising. siap call balik makcik2 maklang yg lain yg da balik umah. hehe. sori ye nek.

tp sbnr nye tyme maklang bawak periuk asam pedas tu, mmg maklang da rasa lain sbb:
1. periuk yg maklang bawak tu cantik, mmg kt umah je guna. maklang pikir mkn saje kot nenek maklang letak dlm periuk tu. tp tyme bawak tu xfikir sgt. main redah jer. hehe haha huhu
2. mase tuang dlm tray tu, maklang tgk ikan asam pedas tu ada due je. heran gak maklang sbb camne org nk mkn sbb ikan 2 ekor je. mkn ikan tu mahal, tu yg nenek maklang masak skit. siap da pikir da nk ckp kt nenek nnt, xyah guna ikan tu lg. mahal so xramai yg blh mkn. maklang pn xdapat makan asam pedas tu. sob sob

mmg rasa bersalah. tp maklang fikir mkn tu bukan rezeki family maklang yg lain. haha. asal boleh. alhamdulillah, dpt la gk maklang makan ikan asam pedas tu. rezeki maklang.

kawan2, marilah sama2 kite beribadah dibulan yg mulia ini seolah2 ini adalah ramadhan yg terakhir buat kite. selamat berpuasa.

Wednesday, August 5, 2009

SALAH KAH BER-DEMO?

salam sume. byk bende yg maklang nk cite ni. tp skrg tgh ada mood nk cite pasal kejadian yg berlaku sabtu lalu. telah ditakdirkn maklang xdapat turun demo atas sbb yg xdapat dielakkan. huhu. mst ada sesiapa yg ckp maklang ni extrem sbb nk turun demo. xkisah pn. tp maklang lg kesian kalu ada org kata ISA tu btol 100% and xperlu dimansuhkan. em... mmg cetek ilmu pengetahuan derg pasal ISA nih... maklang xla pandai sgt. tp maklang ada la gak minat membaca (selain tgk cite korea...huhu) tuk tambah ilmu pengetahuan.

ada yg ckp, xyah wat demo. bincang je. duk semeja. kalu wat demo tu menyusahkn org lain. kt sini maklang nk tny, sape yg susah ek kalu ada demo? um... mkn peniaga2 jalanan tu. sbb apa derg rasa susah? sbb derg xrasa lg apa yg family tahanan ISA rasa. cube try family derg kene. pastu try bincang and duk semeja. kalu derg dapat capai kata sepakat, maklang nk tau dulu apa butir perbincangan. kalu adil perbincangan tu, mmg maklang salute tabik spring toi toi kt org tu. kalu x, mmg xblh harap org2 tu.

maklang kenal ramai org yg ayah derg pernah/sedang di tahan dalam akta ISA. nk ckp jahat, ada tu just penceramah bebas. maklang rasa la, ni maklang rasa la, mst dalam ceramah derg ada sebut pasal nk rampas negara. sbb tu kene tangkap. ye ke? em...um...o... xlogik plak. mkn logik.eh entah. kalu x, xkan la sampai kene tahan ISA and dinafikan hak mereka tuk dibicarakan. dalam ISLAM mmg da ckp kalu ada bukti br blh dikenekan hukuman. dah tu, tgu lg. bicara kan la org2 dlm tahanan tu. tp kalu ikutkan, kalu xdibicarakan, maksudnye xde bukti @ tgh cari bukti. TAKKAN 8 TAHUN DA MASUK PENJARA XDAPAT BUKTI LG???? nampak sgt xefficientnye.

maklang pun byk baca/dgr kisah2 org (& family) yg kene tangkap. bukan nk jaga tepi kain org, tp nk tau gak kehidupan derg n dpt tau serba sedikit pasal tahanan. kisah2 yg diceritakan adalah spt berikut (dr sumber primer lg):

kisah 1.
seorg ayah xdpt berjumpa anaknye wat kali terakhir disebabkan birokrasi penjara. da bgtau da yg anak die tgh nazak, pun still melewat2kan urusan pengeluaran tahanan. sampai je anak da meninggal. kalu korg sbg bapa, xsedih ke? maklang baca pn sambil menangis. tp yg bagusnye si bapa xnangis. tu yg wat maklang lbh sedey. maklang try husnu zon (cam geli plak). mkn kenderaan yg bwk tahanan tu rosak. tu yg lambat sampai. tp kalu btol la lambat itu disengajakan, (korg sambung la sendirik ayat tu).

kisah 2.
ada beberapa anak tahanan yg mengalami sakit mental disebabkan kehilangan bapa secara tiba2 n jugak dihina oleh org lain. sian. jd low selfesteem. ada yg kene masuk hospital sakit jiwa. salah derg ke? mkn ada org akan ckp salah bapak sbb jd pengganas walaupn xwat pape yg merosakkan negara. jgn terkejut. still ada org yg mcm ni. still gak, kalu tangkapan yg mendatangkan musibah ini disengajakn, (korg sambung la sendirik ayat tu).

kisah 3.
anak2 tahanan kene buang sekolah sbb bapak kene tahan ISA. ni lg jahanam punye sebab. cnfm anak2 tu akan low-low-low selfesteem. still gak, kalu tangkapan yg mendatangkan musibah ini disengajakn, (korg sambung la sendirik ayat tu).

kisah 4.
trauma tahanan slps dibebaskn. cube korg try2 tny org yg da dibebaskan n kene tangkap. apa trauma yg derg rasa. maklang da dgr da cite derg. xsanggup maklang nk hadapi sume tu. tp ALLAH tu maha mengetahui. org2 yg ditangkap itu adalah org2 yg kuat imannya and adalah org2 yg btol2 terpilih menghadapi dugaan-Nya. (terasa diri ini sgt lemah). still gak, kalu tangkapan yg mendatangkan musibah ini disengajakn, (korg sambung la sendirik ayat tu).

kisah 5.
institusi kekeluargaan itu sendiri. kalu sblm ni mak xkeje @ xkeje terok, keadaan berubah sepenuhnye. seolah2 kematian suami. kene keje, jaga anak, ulang alik penjara etc. tu yg anak2 blh terabai. kalu btol suami jahat, mkn kurg skit masalah. tp kalu suami tu xbersalah, camne? dgn tekanan emosi lg. allah hu akbar. berat sungguh dugaan yg diberikan kepada mereka. tp sume itu adalah rancangan-Mu and itulah sebaik2 planning. but still gak, kalu tangkapan yg mendatangkan musibah ini disengajakn, (korg sambung la sendirik ayat tu).

huhu byk da maklang merepek. mmg nampak berat sebelah kan? tp maklang baca/amik tau pasal ke-2 belah pihak. even though skrg ni pn maklang lbh byk baca surat khabar harian n amik tau keadaan luar berbanding surat khabar 'mingguan'. tp apa2 yg maklang baca maklang xsuke tros percaya. maklang cari dulu bahan2 bacaan yg lain etc. bincang dgn org dr dua2 belah pihak. sbb tu maklang sokong demo secara aman. kalu da masuk bab kekasaran, maklang xsuke. tp maklang baca jugak sbb2 rusuhan tu. sbb nye... korg baca la sendiri.

opss tertinggal satu lg. pasal nk duk berbincang tu. nk tny korg la, kalu btol la berbincang tu blh selesaikan sume masalah, nape skrg ni Palestin still ditekan habis2an? and kalu korg baca perjanjian2 dalam sejarah Form5, korg xrasa ke perjanjian tu sangat2 la berat sebelah? but still say 'akan dibawa ke meja rundingan'. what eva la. sbb walau apa pn kite buat, kite akan ditanya. so korg sume bersiap sedia la mengahadapi soklan2 tu n prepare nk menghadapinye. jgn nnt br soklan pertama 'marobbuka?' kite jawab 'em... um... a...'. confirm xkan sempat sampai ke soklan2 lain. nauzubillah.

harap maaf sekiranya ada yg terasa n terkasar bahasa. maklang pn xla baik sgt, still tgh perbaiki diri ini. insyaallah

SAYANG UIA.....................

baca blog madam mertinelli ni, rasa cam nk nangis jer...
http://blogs.iium.edu.my/martinelli/2009/07/18/budaya-al-mathurat-di-uiam/

salam kawan2. actually byk yg maklang nk citer setelah beberapa mgu malas menulis. tp rasa bende yg maklang nk tulis ni lebih penting sbb maklang sayang kan uia n nk masuk uia dr dulu lg (sejak sekolah menengah sampai kawan2 pn kutuk. huhu). korg sume sayang uia x?

UIA TAK SAMA DENGAN UNIVERSITY LAIN
. islam itu bukan uia, tp uia mengamalkan islam. one of the MAIN factor why i choose uia. kekadng maklang rasa cam nak tampar je mulut2 jahat student uia yg mengata mereka masuk uia sbb xde choice lain, bukan nk sgt masuk uia. org2 mcm ni la yg merosakkan uia. APA, DERG INGAT, DERG X MASUK UIA, UIA RUGI? HUH BLAH LA. SIKIT PN UIA XHERAN KALU DERG XNK MASUK UIA. RAMAI LG ORG YG NK MASUK UIA N NAK MENGHIDUPKAN SYARIAT ISLAM. HUH.

pape pn maklang doakan uia akan sentiasa di bawah lembayung rahmat-NYA.

UIA IS THE BEST UNIVERSITY IN THE WORLD.

Tuesday, July 14, 2009

niha farewell

salam korg. kite br jumpe gambar ni n ada mood nk letak bende ni. ni tuk tatapan sesape yg xdpt join hr tu. mmg best sbb da lama xjmpe. insyaallah ukhuwwah kite berkekalan. thanks niha sbb blanja. thanks korg sbb luangkn masa. nnt tyme convo pastikan kite tangkap gambar sesame n hantar kt nuha. sian die xdpt dtg. bie n ecah WAJIB turun. hehehehehe...

isteri2 org...

bakal isteri2 org...hahahaha
shopping time...
Fadh...
zati....
khawlah...

dja...
alone again...

half of us....

maryams...

miss my uia's room. huhu. 6 thn tgl asrama. byk kenangan. awl2 dulu xsuke sbb jauh, tp mahallah maryam best among the best. room, toilet, sport area, musollah, cafe, and the last but not least the view. this my sweet room. jemput la singgah. hehe :p




Monday, July 13, 2009

us... (lina, dja, khawlah, zati, ecah, niha, tiqah, bie, fadh)


us... really important
us... no need for word
us... only we understand it
us... forever insyaallah

tetibe je rindu korg sume
tetibe je rasa nk jumpe korg sume
tetibe je rasa diri ini keseorangan
tetibe je... actually da lama. tahan punye tahan, tros jd tetibe. hehe


to niha: sori gambar nt xde. ni gambar yg ana wat tym nk wat kad kt nt. but u always be with us...
to fadh: kemas album terjumpe gambar ni. thanks bebanyak...

Friday, July 3, 2009

(old version) with simma n una d tmn tasik titiwangsa

hehe another old story. br jmpe gambar gak.
saje bwk una n simma jln2 kt taman tasik titwangsa. tp kesian plak kt derg sbb kene jaga anak buah saya. tp una dgn kuasa mistik nye berjaya mengawal anak buah kite (???). hehe. tp sori la ni je gambar yg kt jumpe. rasa cam byk lg sbb gambar kt pn xde nih.

pape pn mmg fun. nnt kt gi sama2 lg ye.

BBQ chicken (old version)

bende ni da lama da.

tp br terjumpe gambar. nk update gak. 1st feb dulu family saya kuar n mkn kt luar. ktrg mmg biasa kuar mkn2 kalu ramai ada kt umah and ada org nk blanja. tp kali ni xsume ada. disbbkn ada org yg willing nk blanja hr tu (my sister la) ktrg pn kuar. da set tempat da. BBQ chiken. 1st time dgr nama tu tp kakak saya ckp mknn kt situ mcm kt KFC (lupe nk ckp. masa tu kn tgh kempen boikot brg2 israel. da lama xmkn fast food. huhu). mmg excited giler. terbayang ayam goreng, coslow, kentang, puh... terliur. sampai je JJ setiawangsa. saya jln paling cpt tuk cari kedai tu and alhamdulillah akhirnye jumpe gak. ni la gambar2 yg ada.

tp yg paling penting, saya br tau kedai mknn tu dr KOREA. hahahahahaha. ada gak iklan dlm youtube. hahahahahaha

ps:korea lg!!!!!!!

Monday, June 22, 2009

zati dan si remote.......

di sini saya nk menunaikn janji dgn cik zati...hehe

sabtu lps, ktrg (saya, zati, khawlah, Di) g kenduri kawen kawn ktrg kt keratong. jauh giler perjalanan (4jam g, 4 jam balik). tahniah tu zati coz die drive sepanjang perjalanan... huhu. maklum la kete adik die. baru plak tu. kene la jaga bebetul. kn zati? dlm kete tu ada pemain tumdrive siap dgn remote sekali.

otw balik, zati pegang je remote tu. xlepas2. bukan setakat pegang je. jari die xleh lps dr nk tekan butang2 kt remote tu walaupn sblh tgn lg tgh pegang stering kereta. satu dua lagu je ktrg dgr. bile smp lagu lain sume die tekan 'next', 'next', 'next'. pening gak la. org mnt remote xnk bg.

pastu berenti kt stesen minyak nk isi minyak. lps tutup enjin kete, zati dgn confidence nye kuar nk g bayar. otw jln nk g counter tetibe die gelak. rupenye die bwk skali remote tu nk g bayar minyak. bile masuk kete ktrg gelak xingat dunia. tp still xnk lepas remote tu. start je engin kete die cari remote tu dulu.

next perhentian umah Di (nk solat n rehat jap). before tu ktrg da ckp2 da. mintak la zati xbwk remote tu masuk umah Di. bile sampai umah Di n masuk ruang tamu tetibe zati gelak lg. rupenye betul die bwk masuk remote tu dalm umah. lg la ktrg gelak sampai terjatuh2. (sib baik parents Di xde). nampaknye mmg da sebati da remote tu dgn tgn zati sbb 2 jam lbh drive sambil pegang remote. huhu

pengajarannya, bwk kete leklok. pape pn ktrg mmg byk gelak time tu (mmg tabiat ktrg kalu ljumpe. gelak adalah aktiviti utama.hehehe). risau gak sbnrnye sbb nk drive jauh. tp alhamdulillah ktrg selamat pergi dan selamat pulang.

last but not least congrats to zati and khawlah sbb dpt tawaran sambung master. usm and ukm. dua2 tu bagus, tp korg pikir la ye mane yg terbaik untuk korg. kami sume mendoakan yyg terbaik, AMIN!!!!!!!

Thursday, June 11, 2009

my work...

mgu ni mgu ke-2 saya bekerja. jadi research assistant tuk lecturer. wat projek yg sama time FYP2 dulu.

well actually im not prepared to work this fast. time abis blaja dulu plan nk rehat dlm 2/3 bulan. ye la 6 thn blaja (konon). kalu cuti sem pn kene pikir pasal sem depan. tu yg plan nk rehat lelama. manuisa merancang, allah pn ada rancangan-Nye, and His planning is the best planning.

da la abis projek lambat. sempat duk umah 2 mgu je. awal2 da plan nk wat apa, nk g mane, nk masak apa, nk kuar dgn sape etc. tp xsempat wat pape sgt.

hr sabtu 30 may sir mesej mnt jd RA die stat 1 jun (tym tu tgh tlg dja siapkn brg2 kenduri). 1st bende yg saya terpikir saya nk g sabah 8 jun sampai 17 jun (tiket sume da beli). tros rasa mcm xdpt g. tepon ayah. siap discuss dlm tepon pasal vacation ke sabah. ayah ckp xpe. try tny sir. mmg susah hati giler. ye la dr form5 plan nk g xdpt g lg. both of my younger brother da g pn lps derg abis spm (my mother's sister living there).

hr senin tu jmpe sir. sir suh kurangkn masa bercuti. bincang balik dgn parents. discus punye discus, kesimpulannya saya mmg xleh g. kalu nk tukar tarikh kene tambah rm3oo++. tp kalu tukar org yg g cume bayar rm70. so ktrg pilih tuk tukar org. sedey giler x tercakap.

tp insyaallah ni la yg terbaik tuk diri saya. sgt bersyukur sbb saya da ada keje sedangkn org lain sume masih mencari2 (walaupn keje sampai hjg thn je, insyaallah). terasa yg Allah tu mmg sayang kn saya eventhough byk yg saya kene korbankn. huhu

congrats for.... and sorry

last week, at the same time with dja's wedd, one of my best buddy in iium was engaged. at first, i dont know which majlis should i go since both of them are important to me. but then, i decided to go wedding ceremony. i talk to iium's frenz and she understand (thanks a lot). actually i planned to go to her house after the wedding (we live at the same place actually), just to meet her but then i have to follow my parents to go to my relatives house and reached home late. so i can't go to her house. so sorry.
i'll pray for your happiness and get baraqah from Him, insyaallah. lastly, CONGRATULATIONS.

ps: nnt time kawen insyaallah kite akan datang.

Monday, June 8, 2009

D-JA's walimah

dja punye kenduri walimah wat kt dewan gemilang, ukm bangi. ramai gak yg xtau tempat coz derg masuk ikut main gate. tp sesape yg masuk ikut pntu blakang insyaallah xsesat. pengantin pompuan btolak lewat skit sbb pengapitnye g ukm dulu hantar org (sori ek dja sbb xde org yg blh hantar derg time tu). tp still blom time masuk dewan kan. lps pengantin laki dtg, pasangan bahagia tu pn masuk la ke dlm dewan. time nk mkn beradap tu pakcik dja da suh saya duduk skali, br je tarik kerusi nk duduk, tetibe dtg nenek pengantin nk duduk kt tempat tu. xpela. xde rezeki nk mkn mknn pengantin. hehe. pastu saya pn merayap la jmpe org2 yg dtg. sori ek dja xteman nt. patutnye kene duk sblh. dpt la jmpe kengkawan lama. kire reunion kecik la. bising tu mmg da jd trademark ktrg sume. mmg meriah n best dpt jmpe korg sume. abg pn dtg n dptla jmpe solah walaupn die jual mahal dgn maklang nye. abis je dja mkn n potong kek, die dgn husband die g jmpe sedara. xkan la nk mengekor derg gak kan. sambung la menerewang kt dlm dewan tu.dlm kul 2 lbh parents saya dtg n lps tu balik dgn derg. tamat la cite kawen kwn saya. lps ni da xleh nk gedik2 dgn dja da. semoga pengantin baru ni akan kekal selamanya di bawah rahmat dan lindungan-Nya. amin

p/s: dija sori ye. ana xjaga nt sgt time kenduri tu. ana pn xtau nk wat apa sbnrnye. sori
p/s: gambar ni pn amik dr org je.